Kehidupan peribadi Mokhtar_Dahari

Mokhtar Dahari pada 1970-an.

Mokhtar ialah seorang Muslim yang taat, beliau mengelakkan kontroversi dan skandal, tidak mengamalkan tabiat merokok serta tidak melakukan sebarang perbuatan negatif, dan disifatkan sebagai seorang yang amat mementingkan disipilin diri, aspek kesihatan dan tidak suka diganggu ketika berlatih.

Sebelum menjadi pemain bola sepak profesional, beliau pernah bermain sukan lain seperti badminton, sepak takraw dan hoki. Mokhtar bekerja untuk PKNS pada waktu petang dan bermain bola sepak pada waktu malam. Beliau tidak banyak mendapat bayaran pada zamannya dengan PKNS. Beliau kemudiannya berhenti daripada PKNS dan bekerja untuk Kwong Yik Bank untuk mendapatkan prospek yang lebih baik untuk dirinya dan keluarganya.

Beliau berkenalan dengan Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim melalui seorang rakan. Selepas mengenalinya selama 10 tahun, beliau mengahwini Tengku Zarina pada 1979. Hasil perkongsian hidup pasangan ini, mereka dikurniakan tiga anak, seorang anak lelaki dan dua anak perempuan—Mohd Redza (lahir 1980),[31] Nur Azera (lahir 1982) dan Nur Arina (lahir 1984).[32][33][34]

Rujukan

WikiPedia: Mokhtar_Dahari http://www.astroawani.com/berita-malaysia/google-m... http://chedinsphere.com/2013/02/anugerah-kelab-sat... http://www.google.com/doodles/mokhtar-daharis-61st... http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx... http://www.negarakita.com/Post-626587-Dataran+Komu... http://says.com/my/entertainment/malaysian-footbal... http://www.selangorfc.com/index.php?id=72 http://selangormalaysia.com/2011/11/mokhtar-dahari... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://arkibnegara.blogspot.my/2009/02/mokhtar-dah...